of Plasma Converter, Spore, Sonic Boom

Garbage2Energy

Macam mana nak tukarkan sampah-sarap kepada tenaga? Bakar :lol:
Tapi memang tu la caranya, tukarkan sampah kepada plasma (bukan plasma TV, tapi rasanya bahan yang sama), dan kemudian disejukkan sehingga menjadi seperti kaca.

Hanya menggunakan sedikit tenaga (untuk memulakan enjinnya), kemudian ia akan terus berfungsi walaupan 'black-out'.

Hanya dengan ketinggian 4.5 meter (hampir dua tingkat) dan berharga USD250 juta (RM 1billion), Plasma Converter ciptaan Joseph Longo mampu memproses 2000 tan sampah sehari (lebih kurang sejuta pengguna/manusia sehari).

Mungkin kita mampu menghasilkan sesuatu yang lebih murah?

Will Wright's Spore

Spore adalah sebuah game yang boleh dikatakan kesinambungan daripada The Sims & Sim City. Ia bukan setakat mengawal manusia atau bandar, tetapi mengawal dari peringkat sel sehinggalah mengawal Sistem Suria (atau galaksi, atau yang lebih besar dari tu...)

Ia dipertontonkan sejak 3 tahun lepas, dan telah mendapat perhatian kerana tiga sebab:
1. Ia ciptaan Will Wright
2. Ia ciptaan Will Wright
3. Ia ciptaan Will Wright
akan tetapi, apa yang lebih menarik adalah game ini dikatakan tidak akan memberatkan PC (ya, memang 3D, lihat galeri ini) dan fail2 gamenya tidak melebihi 1MB dan boleh dikatakan MMORPG (dunia dihasilkan dari ciptaan pemain2 lain dari internet), namun ia masih boleh dimainkan secara offline.

Concorde without the BOOM

Pesawat Concorde telah pun ditamatkan perkhidmatannya pada 2003, berikutan insiden di Perancis. Concorde adalah unik kerana ia adalah pesawat penumpang yang akan bergerak selaju 2 Mach (2170 km/h), iaitu 2 kali ganda kelajuan bunyi. Namun ia ada satu masalah besar, pergerakan selaju itu akan menghasilkan 'Sonic Boom', sejenis letupan udara (jangan risau, tiada api) akibat pergerakan melampaui kelajuan bunyi, yang akan mengakibatkan kerosakan harta benda dan nyawa jika ia terbang terlalu rendah.

Sejenis pesawat lain akan menggantikan ia, dan yang menariknya ia tidak akan menghasilkan 'Sonic Boom' yang begitu dramatik seperti Concorde, tetapi digantikan dengan 'Sonic Boom' yang lebih kecil dan senyap.

QSST dibina dengan reka bentuk seakan-akan Concorde (untuk melampaui kelajuan bunyi), tetapi bentuknya telah diubahsuai agar tidak menghasilkan bunyi yang kurang enak. Selain itu, faktor rekabentuknya juga memainkan peranan untuk meratakan permukaan yang akan menghasilkan daya angkat (Lift), agar ia tidak hanya bergantung kepada sayap sahaja.

Oh ya, ia berharga USD80 juta.

2 comments:

myooh said...

sbb die fly in super sonic kn?n skrg sume plane, x i think every fast vehicle la kn..thp max die dpt smpi sub sonic je kn?hmm..plane je kot..hahaha..aku dh lupe..T_T

:: unexistance :: said...

ooo ada je keter supersonic, dia bubuh enjin jet kat keter, pastu test speed kat padang pasir..